Syekh Samman Al-Madani adalah beliau Syekh Muhammad bin Abdul Karim As-Samman Al-Qadiri Al-Hasani di lahir kan pada tahun 1132 H, di Madinaturrasul (Syahdan) adalah nama beliau Sayyidi Syekh Samman itu dari pada lauhil mahfuz dan setengah dari pada WAZAN MAHDI menyebut kan yang demekian itu di dalam kitab THABAQAT bagi Sayyid Ahmad As-Syarnubi, maka lihat lah di dalam THABAQAT nya itu.
Adalah ta'biat sayyidi Syekh Samman RA, kasih sayang kepada orang yang thalibul ilmu dan kepada orang yang sholih, dan kepada orang yang faqir dan miskin dan lagi pula suka berkhidmah kepada orang yang ziarah ke makam Rasulullah SAW daripada orang yang ‘alim dan orang yang sholih dari pada orang awam dan khawwas.
Ta'biat SAYYIDI SYEKH SAMMAN selagi kecil hingga pada mursyid : adalah beliau sangat memuliakan kedua orang tua beliau, lagi pula mengekalkan musyahadatu wujud dan muraqabah dan ‘ibadah hingga beliau meninggalkan daripada adat dan melawani hawa nafsu beliau hingga dari pada yang halal sekalipun, dan tidaklah beliau tidur kecuali sedikit jua, dan apabila di beri bantal oleh orang tua beliau maka keluh kesahlah beliau seperti orang yang sakit, dan apabila sampai pada waktu syahur beliau bangun dan membaca ratib syahur lalu sembahyang Shubuh berjama’ah dengan orang banyak lalu membaca ratib subuh hingga terbit matahari, dan apabila terbit matahari maka bangkitlah beliau untuk sholat sunat Isyraq dua raka’at, dan apabila naik matahari seperempat maka bangkitlah beliau untuk sholat Dhuha, dan lagi pula adalah beliau membanyak akan puasa sunnat dan riyadhah dan menjauh kan dari bersedap dari lezat nya dunia sampai daripada yang halal sekalipun, dan adalah hal ihwal ini adalah hal jeada’an beliau semasa kecil beliau yakni sebelum balig nya.
Pada masa itulah beliau disuruh orang tuanya masuk ke dalam shiwan (tempat makan) untuk diberi makan makanan, mana kala selesai makan dilihat oleh orang tuanya tempat ia makan seolah-olah tak dimakan beliau, dan pergilah orang tuanya kepada guru mengaji al-qur’an semasa kecilnya untuk mengabarkan hal ihwal anaknya, maka dijawab oleh gurunya janganlah engkau takut akan anakmu itu, tidak salah lagi bahwa ia adalah Aulia Allah dan tidak khilaf lagi antara ulama, dan adalah sayyidi Syekh Samman apabila melihat orang tua nya memakai pakaian yang indah atau memakai pakaian yang dilarang syara’ maka di katakan kepadanya wahai orang tua ku tidaklah suka Tuhan kita kepada orang yang bersuka-ria didalam dunia ini, demikianlah hal ihwal masa kecil beliau.
(Syahdan) adalah Sayyidi Syekh Samman Al-Madani selalu dalam dzikir siang dan malam serta suka ber’ujlah (bersunyi dari manusia) dan masuk khalwat, dan melajimkan ziarah ke baqi’ yakni pekuburan para istriistri Rasulullah, di Madinaturrasul ,
Hal ihwalnya Sayyidi Syekh Samman Al-Madani pada masa bidayahnya yakni masa awal permulaan dia menjalani akan jalan tasawuf beliau berpakaian dengan pakaian yang indah, kemudian datang Sayyidi Syekh Sayyid Abdul Qadir Al-Jailani membawa baju jubah putih padahal adalah sayyidi Syekh Samman dalam kamar khalwat beliau dan memakailah akan baju jubah itu sampai sekarang, dan adalah beliau sa’at itu menyembunyikan ilmu dan amal beliau hingga datang hadhdharurrasul memerintahkan untuk menzahirkannya, maka zhahir lah lebih zhahir dari matahari di tengah hari, dan berdatanganlah orang” untuk mengambil bai’at thariqat kepada beliau.
Perkataan Sayyidi Syekh Samman Al-Madani ialah :
- Barang siapa membaca ” Allahummagfir li ummati Sayyidina Muhammad, Allahummarham ummata Sayyidina Muhammad, Allahummastur ummata Sayyidina Muhammad, Allahummajbur ummata Sayyidina Muhammad” sebanyak 4 kali sesudah sholat Shubuh sebelum berkata-kata urusan dunia halnya dia istiqamah adalah dia menempati martabat fadilah qutub.
- Barang siapa mengambil tariqat kepadaku dan mengamalkannya niscaya pasti ia akan mendapatkan rasa majzub didalam dunia (diambil oleh Allah SWT aqal nya yang basyari’ah diganti dengan aqal yang bersifat rabbaniyah) yakni diambil oleh Allah akan rasa punya wujud dan sifat dan af’al diganti dengan rasa ‘adam mahdhah adam semata” yakni tiada punya wujud, sifat dan af’al melainkan hanya Allah SWT yang punya wujud haqiqi, minimal sa’at sakaratul maut’ nya.
- Perkataan aku ini seperti perkata’an Sayyidi Syekh Abdul Qadir Al-Jailani “Barang siapa yang menyerukan aku Ya Samman 3 kali hal keadaannya mendapat kesusahan, niscaya datang aku menolonginya.
Karomah Sayyidi Syekh Samman teramat banyak dan sebagian karomah Sayyidi Syekh Samman yang di riwayatkan Mufriin bin Abdul Mu’in dengan katanya : "Ketika aku berlayar ke negeri hijaz manakala aku sampai ditepi laut, aku lihat mega hitam pekat dan datang angin tupan yang kencang hingga kapalku hampir tenggelam maka aku sangat takut, lalu aku berteriak sehabis-habis suara ” Ya Samman 3 kali Ya Mahdali” maka tiba tiba ada dua orang yang datang dan memegang kedua sisi kapalku dan redalah angin tupan itu serta sampailah aku ke negeri hijaz dengan selamat".
Sesorang untuk dapat fadhilah satu karomah Aulia Allah hendaklah ia yakin bahwa orang itu benar Aulia Allah dan tidak syak sekali dan jangan mungkir walaupun hal keadaannya menyalahi syara’ Khatim.
Sayyidi Syekh Samman meninggal dunia pada hari Rabu 2 Zulhijjah tahun 1189 H, dan di makamkan di Baqi’ berhampiran dengan kubur para Istri Rasulullah. Ini suatu fa’idah barang siapa yang melazimkan membaca Manaqib Sayyidi Syekh Samman (Ratib Samman) bersama orang banyak dan membaca Al-Qur’an serta bertahlil kemudian bersedekah semampunya dan pahalanya dihadiyah kepada Sayyidi Syekh Samman, niscaya dimudahkan rezqinya oleh Allah SWT. (Edy Rusman)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar