Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillaahir rahmaanir rahiim...
Bismillaahir rahmaanir rahiim...
Allah SWT telah menjanjikan kelebihan & keutamaan kepada mereka yang menghafal Al Quran, antara lain :
1). MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
"Dari Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia." Kemudian Anas bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "yaitu Ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal Al-Quran dan serta mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah SWT dan orang-orang tersebut yang istimewa bagi Allah SWT".
Pengambilan dasar ;
[أَهْلُ الْقُرْآنِ هُمْ أَهْلُ اللهِ وَخَاصَّتُهُ]
وَ{ أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ سَعِيْدٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: حَدَّثَنِيْ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ بُدَيْلِ بْنِ مَيْسَرَةَ عَنْ أَبِيهِ}عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ لِله أَهْلِينَ مِنَ النَّاسِ. قَالُوا: وَمَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: أَهْلُ الْقُرْآنِ هُمْ أَهْلُ اللهِ وَخَاصَّتُهُ.-
أخرجه النسائي في السنن الكبرى5/17،،باب: 8031 وهذا لفظه و جعلنا إسناده بين القوسين
- أخرجه ابن ماجه،السنن،المقدمة،باب فضل من تعلم القرآن و علمه:215
- أخرجه الحاكم في المستدرك على الصحيحين1/743،،:2046
- انظر:الترغيب والترهيب 2/231 الحديث:2209
Sabda Rasulullah SAW :
"Dari Abdullah Bin Amr Bin Al Ash r.a dari Nabi SAW baginda bersabda : Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
Pengambilan dasar;
- يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ:مَنْزِلَتُكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا]وَ{حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الْحَفَرِيُّ وَأَبُو نُعَيْمٍ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ عَاصِمِ بْنِ أَبِي النَّجُودِ عَنْ زِرٍّ}عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ: اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا.- رَوَاهُ التِّرْمَذِيّ،
- وأَبُو دَاوُد،
- وابْن مَاجَه،
- وابْن حِبَّانَ فِي صحيحه،
وَقَالَ التِّرْمَذِيُّ:حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ.
__________
- أخرجه الترمذي،السنن،فضائل القرآن،باب ما جاء فيمن قرأ حرفا من القرآن ماله من الأجر:2914
- أخرجه أبوداود،السنن،الصلاة،باب استحباب الترتيل في القراءة:1464
- لم أعثر عليه عند ابن ماجه والله أعلم.
- أخرجه ابن حبان في الصحيح،له3/43،،باب:766 قال
3). AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA.
Sabda Rasulullah SAW "Dari Anas ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif diantara penghuni syurga,"
Pengambilan dasar;
[أَهْلُ الْقُرْآنِ عُرَفَاءُ أَهْلِ الْجَنَّةِ]وَ{أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَمْزَةَ بْنِ أَبِيْ جَمِيْلٍ الْقُرَشِيُّ بِدِمَشْقَ أَنَّ عَلِيَّ بْنَ الْمُسْلِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ أَخْبَرَهُمْ أَخْبَرَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ مُحمَّدِ بْنِ أَحْمَدَ بْنِ طُلَّابٍ الْخَطِيْبُ أَخْبَرَنَا أَبُو الْحُسَيْنِ مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ جَمِيْعٍ ثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَنْصُوْرٍ - هُوَ: أَبُوْ بَكْرٍ الْوَاسِطِيُّ- ثَنَا أَبُوْ أُمَيَّةَ مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيْمَ ثَنَا يَزِيْدُ بْنُ هَارُوْنَ أَخْبَرَنَا حُمَيْدٌ الطَّوِيْلُ}عَنْ أَنَسِ{بْنِ مَالِكٍ}رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :أَهْلُ الْقُرْآنِ عُرَفَاءُ أَهْلِ الْجَنَّةِ.- رَوَاهُ الضِّيَاءُ.(1)قَالَ الْمُصَنِّفُ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى:تَمَّ أَحَادِيْثُ الْأَرْبَعِيْنَ، وَاللهُ حَسْبِيْ،وَنِعْمَ الْمُعِيْنُ.
__________
- أخرجه الضياء المقدسي في الأحاديث المختارة 6/99-100 الحديث: 2084 وفيه: القراء" بدل " أهل القرآن"وقال المحقق: إسناده صحيح . لأبي عبد الله محمد بن عبد الواحد بن أحمد الحنبلي المقدسي (567-643هـ)
Sabda Rasulullah SAW "Dari Abu Musa Al Asya'ari ra, ia berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah SWT adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."
5). HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DISIKSA.
Sabda Rasulullah SAW.
" Dari Abdullah Bin Mas'ud ra. Dari Nabi SAW baginda bersabda: " "Bacalah Al Quran kerana Allah SWT tidak akan menyiksa hati orang yang hafal Al-Quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."
Pengambilan dasar;
- إِنَّ اللهَ تَعَالَى لَا يُعَذِّبُ قَلْباً وَعَى الْقُرْآنَ]وَ{أَخْبَرَنَا أَبُو الْحَارِثِ نَشْبَهُ بْنُ حَنْدَجِ بْنِ الْحُسَيْنِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ يَزِيْدَ بْنِ خَالِدِ بْنِ صَالِحِ بْنِ صَبِيْحٍ الْمُرِّيْ بِقَصْرِ بْنِ أَبِيْ عُمَرَ قَالَ: وَجَدْتُ فَيْ كِتَابِ جَدِّيْ الْحُسَيْنِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْمُرِّيْ ثَنَا مُحّمَّدُ بْنُ سَعْدِ بْنِ الْفَضْلِ الْقُرَشِيُّ ثَنَا مَسْلَمَةُ بْنُ عَلِيٍّ ثَنَا حُرَيْزِ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ سُلَيْمِ بْنِ عَامِرٍ}عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اقْرَأُوا الْقُرْآنَ ، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى لَا يُعَذِّبُ قَلْباً وَعَى الْقُرْآنَ.رَوَاهُ تَمَّامٌ.
- (أخرجه تمام في الفوائد له2 /261:1690 لتمام بن محمد الرازي أبو القاسم (330-414هـ
Sabda Rasulullah SAW :
"Dari Ibnu Mas'ud ra. Dari Rasulullah SAW beliau bersabda; "yang menjadi imam dalam sholat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."
Pengambilan dasar;
ثبت عن ابن مسعود الأنصاري البدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم : قال: يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله تعالى رواه مسلم
7). DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda Rasulullah SAW :
"Dari Jabir Bin Abdullah ra. Bahwa Nabi SAW menyatukan dua orang dari orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian Nabi SAW bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka Nabi SAW memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."
8). DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA.
Sabda Rasulullah SAW :
"Dari Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapa membaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah SWT akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."
9). PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN.
Sabda Rasulullah SAW :
"Dari Abu Hurairah ra.dari Nabi SAW baginda bersabda : "Orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamat nanti akan datang dan Al Quran akan berkata ; "Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi : "Wahai Tuhan, tambahlah pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka kepadanya di katakan ; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia diberi tambahan satu kebajikan."
10). HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.
Sabda Rasulullah SAW :
"Dari Jabir bin Nufair, katanya Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah SWT dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu Al Quran".
11). ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda Rasulullah SAW :
"Dari Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab; "saya tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "Saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini dibelakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya, diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: "Kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian di jawab, "karena anakmu hafal Al Quran."
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, "Bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
Pengambilan dasar;
- يُكْسَى الْوَالِدَيْنِ حُلَّتَانِ بِأَخْذِ وَلَدِهِمَا الْقُرْآنَ]وَ{أَخْبَرَنَا بَكْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ الصَّيْرَفِيُّ بِمَرْوَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ الْفَضْلِ الْبَلْخِيُّ ، حَدَّثَنَا مَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيْمَ ، حَدَّثَنَا بَشِيرُ بْنُ مُهَاجِرٍ } عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُرَيْدَةَ الأَسْلَمِيِّ ، عَنْ أَبِيْهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَتَعَلَّمَهُ وَعَمِلَ بِهِ أُلْبِسَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تَاجًا مِنْ نُورٍ ضَوْءُهُ مِثْلُ ضَوْءِ الشَّمْسِ ، وَيُكْسَى وَالِدَيْهِ حُلَّتَانِ لاَ يَقُومُ بِهِمَا الدُّنْيَا فَيَقُولانِ : بِمَا كُسِيْنَا ؟فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ .- رَوَاهُ الْحَاكِمُ،وَقَالَ:{هَذَا حَدِيْثٌ} صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ مُسْلِمٍ ،{ وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ}.
- أخرجه الْحَاكِم في المستدرك على الصحيحين1/756،،:
Sabda Rasulullah SAW :
"Dari Aisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu".
Semoga dengan memahami hal ini, kita semua bisa lebih terpacu untuk bisa menghafal Al Qur’an setiap harinya, semampu kita. (Edy Rusman)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar